fbpx

Wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan Signal Hill, berhampiran Dewan Hakka pada Jumaat lalu. - Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan Signal Hill, berhampiran Dewan Hakka, Jumaat lalu.

Kejadian disedari orang awam yang memaklumkan pihak berkuasa selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan enjin kereta masih hidup.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pukul 8.25 malam menyatakan ketika berjoging terlihat sebuah kereta jenis Proton Saga warna maroon dalam keadaan mencurigakan parkir di kawasan berkenaan.

Katanya, kereta enjin dalam keadaan hidup dan lampu menyala dan apabila menghampiri kereta itu ternampak seorang wankta dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai meninggal dunia.

“Pada 8.31 malam, polis dari Unit Ronda FRM Balai Polis Kota Kinabalu yang tiba di lokasi dan pihak ambulans dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah berada di lokasi dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Hasil siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan berlakuknya tanda-tanda unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dirujuk ke Forensik HQE untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI