fbpx

[VIDEO] 4 kedai di Larkin Sentral musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran kedai di dalam Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru, pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Empat buah kedai di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran yang dilaporkan berlaku, awal pagi hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Faiz Suleiman berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 6.50 pagi.

Sehubungan itu katanya, seramai 27 pegawai dan anggota beserta lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran tersebut telah menjejaskan empat premis perniagaan melibatkan kedai yang menjual bahan bacaan, bahan kosmetik serta bahan herba tradisional musnah terbakar.

“Kesemua kedai yang berukuran 25 meter persegi itu musnah antara 10 peratus hingga 90 peratus. Walaubagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Faiz, selain pegawai dan anggota dari BBP Larkin, operasi pemadaman api yang dijalankan itu turut dibantu BBP Tebrau.

“Kebakaran itu dapat dikawal setakat pukul 8.25 pagi tadi, namun operasi lanjut masih diteruskan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI