fbpx

Sze Fei-Izzuddin ikrar bangkit di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI-IZZUDDIN akur tewas kepada pilihan utama kejohanan dari Indonesia, Alfian-Rian Ardianto pada suku akhir Terbuka Korea kelmarin.

KEKALAHAN di suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea kelmarin nyata tidak melunturkan semangat beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjelang Terbuka Jepun yang bermula Selasa ini.

Pada aksi suku akhir tersebut, Sze Fei-Izzuddin terpaksa akur dengan kekalahan straight set 9-21, 21-23 kepada pilihan utama kejohanan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Walaupun tewas, namun pencapaian mereka boleh dianggap membanggakan kerana memiliki masa agak suntuk memandangkan baru sahaja memenangi kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.

Izzuddin berkata, Terbuka Korea sudah berakhir dan mereka akan melakukan persiapan terbaik bagi memastikan mereka dapat melangkah lebih jauh menjelang Terbuka Jepun dan Terbuka Australia nanti.

“Saya fikir mungkin kami perlu lebih variasi dalam permainan kami. Hari ini sudah lepas dan kami ada baki dua kejohanan lagi. Kami akan buat persiapan terbaik untuk kejohanan akan datang,” katanya dalam temuramah bersama SPOTV.

Untuk rekod, Terbuka Korea adalah kejohanan kedua buat beregu No.46 dunia itu sebaik sahaja mereka kembali membentuk gandingan selepas mengambil keputusan berpisah buat seketika Januari lalu.

Sementara itu, perseorangan lelaki kebangsaan, Ng Tze Yong turut mengakui dapat belajar sesuatu selepas dia turut kecundang di suku akhir selepas tewas 20-22, 19-21 kepada bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew.

“Saya sudah cuba lakukan yang terbaik dengan memberikan segala-galanya. Saya fikir mungkin boleh belajar sesuatu daripada dia (Kean Yew) seperti kepantasan dan pengalaman, jadi akan bincang dengan jurulatih lagi selepas ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI