fbpx

Sindiket penyamaran pegawai kanan kerajaan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu sindiket penyamaran sebagai pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pegawai kanan Menteri Dalam Negeri berjaya ditumpaskan SPRM Sabah.

KOTA KINABALU – Satu sindiket penyamaran sebagai pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pegawai kanan Menteri Dalam Negeri berjaya ditumpaskan SPRM Sabah

Sumber berkata, kegiatan sindiket berkenaan dipercayai menggunakan modus operandi menyelesaikan kes yang disiasat oleh agensi penguat kuasa dan sudah menipu mangsa yang mengakibatkan kerugian sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Menurut sumber, pihak SPRM Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri membuat serbuan melibatkan lokasi tertentu di sekitar Kota Kinabalu sejak beberapa hari lalu.

“Serbuan dibuat adalah berdasarkan hasil risikan yang telah dibuat sebelum ini. Seramai tujuh individu warganegara Malaysia yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun telah ditahan hasil daripada serbuan berkenaan.

“Proses permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan akan dibuat terhadap mereka di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI