fbpx

Salahuddin masih dirawat di ICU, henti sebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin.

PETALING JAYA – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub masih lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Perkara itu disahkan sendiri Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal menerusi satu pesanan ringkas kepada pihak media, sebentar tadi.

“Berhenti sebarkan dan mempercayai khabar angin. YB Datuk Seri Salahuddin Ayub sebenarnya masih bernafas.

“Jantungnya masih berfungsi, dia kini berada di ICU. Jika terdapat sebarang perkembangan baharu, anda akan menjadi orang pertama yang menerimanya daripada saya,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila beberapa hantaran oleh individu tidak bertanggungjawab yang memaklumkan Timbalan Presiden Amanah itu telah meninggal dunia, hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Beliau yang disahkan mengalami pendarahan dalam otak telah ditidurkan selepas selamat menjalani pembedahan di hospital tersebut hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI