fbpx

Salahuddin disahkan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin.

PETALING JAYA – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.23 malam ini.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh anak beliau di laman Facebooknya, Fatihah Salahuddin.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,”tulisnya.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan, Salahuddin, 61, disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Beliau yang disahkan mengalami pendarahan dalam otak telah ditidurkan selepas selamat menjalani pembedahan di hospital tersebut hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI