fbpx

RM200 juta naik taraf jalan kampung Orang Asli di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid semasa berucap pada program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, Gua Musang hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

GUA MUSANG – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk kerja-kerja menaik taraf jalan perhubungan ke perkampungan Orang Asli yang rosak dan tidak berturap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meluluskan peruntukan tersebut agar laluan ke kampung Orang Asli segera dinaik taraf.

Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf itu melibatkan dua laluan iaitu Jalan Kuala Betis-Pos Balar dan Pos Belatin-Bihai di sini.

“Kita berharap jalan perhubungan desa itu dapat memberi keselesaan kepada masyarakat Orang Asli.

“Sekiranya peruntukan tersebut tidak mencukupi, saya akan bertemu dengan Perdana Menteri untuk peruntukan tambahan selepas ini,” katanya semasa berucap pada program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 2, Gua Musang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberitahu, peruntukan tersebut bukan kepentingan peribadi sebaliknya ia diberikan untuk kebajikan masyarakat Orang Asli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI