fbpx

PRN: Jangan terpengaruh gelombang dicipta PN – Mahdzir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Padang Terap di Kuala Nerang, hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Para pengundi diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gelombang yang dicipta Perikatan Nasional (PN) dalam membuat keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, gelombang yang dicipta itu tidak menggambarkan kemampuan sebenar mereka dalam memerintah dan memajukan sesebuah negeri.

“PN ini lebih kepada persepsi dan untuk mencetuskan gelombang semata-mata. Sebagai rakyat, kita perlu tanya sama ada PRN ini diadakan hanya semata-mata sebab gelombang atau untuk memilih kerajaan?

“Kalau pilih berdasarkan gelombang, mungkin setakat itu sajalah dan sebab itu, kita mesti memilih pihak yang betul untuk menjadi kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Terap di Kuala Nerang, hari ini.

Kata beliau, rakyat sudah tentu mahukan sebuah kerajaan yang mantap, progresif dan dinamik serta boleh menghasilkan perkara positif sama ada dalam konteks pendidikan, agama, belia dan ekonomi.

“Apatah lagi kita memiliki kolaborasi mantap dengan Kerajaan Persekutuan, jadi perkara sedemikianlah yang masyarakat kena tengok untuk kita maju dan bukannya ‘tiupan’ gelombang semata-mata kerana itu bukan tujuan pilihan raya diadakan,” ujarnya.

Ketika diminta mengulas tentang pencalonan Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim menentang Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor di DUN Jeneri, Mahdzir berkata, segala kemungkinan boleh berlaku.

“Muhamad Khizri mungkin dianggap sebagai muka baharu, malah beliau pun baru diangkat sebagai Ketua UMNO Bahagian Sik tetapi dalam politik segala-galanya boleh berlaku. Politik ini dipanggil sebagai seni kepada segala kemungkinan.

“Sesiapa pun tak boleh sombong atau takbur kerana semuanya ketentuan Tuhan. Sampai masanya nanti, baru kita tahu apa yang akan berlaku dan sejarah juga telah menunjukkan banyak peristiwa mengejutkan dalam politik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI