fbpx

PRN: Amanah bertanding 31 kerusi DUN di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) pada sidang akhbar pengenalan calon Amanah bagi PRN di enam negeri di sebuah hotel di Kota Bharu, hari ini. Foto MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan bakal bertanding sebanyak 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), di enam negeri.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, daripada kesemua kerusi tersebut, parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu akan menampilkan seramai 15 calon muka baharu untuk bertanding pada PRN di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Menurutnya, 44 peratus daripada keseluruhan calon yang ditampilkan oleh parti itu merupakan 22 peratus calon muda dan 22 peratus calon wanita.

“Seramai sembilan calon yang ditampilkan merupakan penyandang kerusi DUN yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu.

“Bagaimanapun bagi negeri Terengganu, kerusi DUN Tepuh dan DUN Bandar masih dalam perundingan dan belum sempat diselesaikan pada hari ini. Kita yakin bahawa rundingan untuk kedua-dua kerusi tersebut boleh diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar memperkenalkan calon Amanah untuk PRN di sebuah hotel, di sini hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja memberitahu, proses rundingan boleh berlangsung selewat-lewatnya sehari sebelum hari penamaan calon iaitu pada 29 Julai ini.

Katanya, bagaimanapun, beliau berharap proses itu dapat diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan semua pihak dapat benar-benar bersedia bagi menghadapi PRN nanti.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berkeyakinan kerjasama PH dan Barisan Nasional (BH) mempunyai peluang cerah untuk menang di Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI