fbpx

PM teruja sambutan ramai di Kelantan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) dan Anwar pada Karnival Sentuhan Kasih Desa di Kelantan, hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa teruja melihat sambutan ramai di Karnival Sentuhan Kasih Desa di Kelantan, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, seperti siri jelajah Karnival Sentuhan Kasih Desa yang lain, penganjurannya di Kelantan turut menyediakan banyak bantuan dan sumbangan daripada KKDW.

“Begitu ramai yang hadir di Gua Musang, hari ini. Begitu juga terujanya saya dan Perdana Menteri melihat sambutan dari masyarakat Felda Paloh, kawasan-kawasan sekitar dan rakyat negeri Kelantan yang hadir beramai-ramai memeriahkan Karnival Sentuhan Kasih Desa peringkat Negeri Kelantan, hari ini.

“KKDW akan terus berusaha membangunkan sosioekonomi masyarakat desa. Malah KKDW bukan hanya akan menerobos masuk ke kawasan luar bandar atau pekan sahaja, tetapi masuk jua ke kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli bagi menyantuni setiap lapisan masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kegembiraan itu ditambah lagi dengan pengumuman berita baik Kerajaan Perpaduan yang meluluskan peruntukan RM200 juta untuk membaik pulih jalan di perkampungan Orang Asli di Gua Musang membabitkan Jalan Kuala Betis, Pos Balar dan Pos Bihai.

“Seperti yang saya sebutkan dalam ucapan tadi, ini semua adalah komitmen dan kepekaan Kerajaan Perpaduan dalam membantu seluruh masyarakat desa termasuk golongan Orang Asli dalam negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI