CANTIK dan bijak. Itu antara pujian yang diberikan netizen terhadap bekas pengacara popular, Marion Caunter baru-baru ini.
Bukan pujian saja-saja tetapi reaksi itu terzahir disebabkan pendirian Marion yang mahu anak-anaknya memiliki sekurang-kurang ijazah apabila dewasa kelak.
Katanya, pendidikan sangat penting untuk menentukan hala hidup seseorang.
Disebabkan hal itu, Marion menerima banyak pujian yang rata-ratanya berpendapat walaupun dia berkahwin dengan golongan konglomerat, penekanan terhadap pendidikan anak-anak masih menjadi keutamaan.
Bagi Diva, masuk akal jugalah apa yang netizen puji sebab ada segelintir ‘golongan kaya’ berpendapat duit adalah segala-galanya.
DIVA: Seronok baca reaksi netizen tentang pelakon Qistina Raisah yang bersekolah di rumah sejak darjah satu.