fbpx

Peluang Husniah padam rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUSNIAH menyasarkan catatan lebih pantas apabila turun di Sukan Asia Hangzhou, China pada September depan. - ASIAN ATHLETICS ASSOCIATION

RATU pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli mempunyai potensi untuk memadam rekod 100 meter (m) kebangsaan berusia 30 tahun dilakukan legenda olahraga, G. Shanti dengan masa 11.50 saat (s) pada 1993.

Ia berdasarkan prestasi semasa Husniah, 29, yang baru sahaja memperbaharui rekod 100m peribadinya (PB) dengan catatan 11.56s pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand minggu lalu.

Ia satu petanda yang cukup positif kerana kali terakhir atlet dari Alor Setar, Kedah itu merakam PB baharu adalah 11.59s di Weinheim, Jerman pada 2018.

Justeru, tidak mustahil Husniah mampu memadam rekod itu kerana hanya kurang 0.07s lagi tetapi dengan syarat tempoh dua bulan ini dimanfaaatkan sebaiknya sebelum ke Sukan Asia Hangzhou, China pada September depan.

HUSNIAH (dua dari kanan) berjaya merekodkan catatan peribadi baharu pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok minggu lalu. – ASIAN ATHLETICS ASSOCIATION

Bagaimanapun, Husniah enggan terlalu memandang jauh, sebaliknya lebih berminat memberikan fokus untuk mengulangi pencapaiannya melangkah ke pentas final 100m seperti edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

“Sudah tentu saya nak catatan lebih baik daripada sekarang. Kalau dapat buat masa lebih pantas, peluang saya amat cerah untuk layak ke final Sukan Asia.

“Kita tahu persaingan di Sukan Asia lebih mantap daripada Kejohanan Asia. Jadi pertama sekali apa yang saya perlu buat adalah fokus catatan masa dahulu dan selepas itu barulah fikir layak atau tak,” katanya.

Disebabkan itu, Husniah amat bersyukur kerana diberikan peluang beraksi pada Kejohanan Asia di Stadium Nasional Supachalasai minggu lalu walaupun dia gagal melangkah ke final pertandingan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI