PETALING JAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai seorang pemimpin hebat.
Jelas Presiden UMNO itu, Allahyarham juga seorang rakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang sangat dihormati.
Malah kata beliau, Salahuddin sentiasa berperwatakan rendah diri serta komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab.
“Sehingga hujung nyawa beliau prihatin dan terus berjuang memikirkan kesejahteraan rakyat. Negara kehilangan pemimpin hebat.
“Marilah bersama kita berdoa semoga Allah SWT agar merahmati beliau dan memberikan kesabaran kepada seisi keluarga di atas kehilangan ini,”tulisnya di laman Facebook.
Terdahulu, Ahmad Zahid turut mengucapkan takziah atas pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu.
“Berdukacita menerima perkhabaran YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar, Kedah,” katanya. -KOSMO! ONLINE