fbpx

Muhammad Syahril mula daftar diri di UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SYAHRIL (dua dari kanan) ketika mendaftar di Kampus UM Kelantan di Bachok semalam.

BACHOK – Pelajar cemerlang, Muhammad Syahril Saidi, 18, yang memperoleh keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memulakan hari pertama kehidupan di kampus selepas mendaftar sebagai pelajar Asasi Pengajian Islam di Kampus Universiti Malaya (UM) Kelantan, di sini semalam.

Muhammad Syahril dii­ringi bapa saudaranya, Rozman Mat Jusoh, 41, bersama adik-beradiknya tiba di pekarangan kampus universiti tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Muhammad Syahril berkata, ahli keluarga memberi sokongan dan semangat memilih program Asasi Pengajian Islam di kampus itu yang hanya terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Kampung Kandis, di sini.

“Hari ini (semalam) adalah hari pertama saya tinggal di asrama penginapan dan berpisah dengan keluarga demi mencapai cita-cita sebagai seorang pensyarah.

“Saya akan terus menjaga akhlak mengikut tuntutan agama dan wasiat arwah ibu sepanjang belajar di sini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo! pada 19 Julai lalu melaporkan, Muhammad Syahril memilih Asasi Pengajian Islam di UM ketika melanjutkan pe­ngajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Yaakubiah, Nipah di sini.

Pelajar cemerlang yang sebelum ini menjaga arwah ibunya yang terlantar sakit berkata, keputusan itu dibuat hasil daripada perbincangan bersama ahli keluarga dan nasihat guru.

Timbalan Dekan Akademik Pengajian Islam UM Kampus Kelantan, Dr. Wan Rohani Wan Mokhtar berkata, warga UM mengalu-alukan kehadiran Muhammad Syahril yang boleh dijadikan contoh dan idola kepada pelajar di kampus berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI