BANGKOK – Menteri Kewangan Thailand, Arkhom Termpittayapaisith mencadangkan agar buah-buahan bernilai tinggi mempunyai insurans bagi mengukuhkan kepercayaan petani, lapor laman berita Thaiger hari ini .
Cadangan itu dibuat semasa ucaptama beliau di Forum Insurans CEO 2023.
Menurut Arkhom, sebagai ‘jaringan keselamatan’ dalam berdepan bencana alam, insurans sedia ada dalam sektor pertanian melindungi kerosakan khusus kepada pokok durian dan buah-buahan ekonomi lain.
Bagaimanapun, terdapat permintaan daripada para penanam untuk meluaskan jaringan keselamatan itu kepada buah-buahan seperti durian.
Menjelaskan cabaran praktikal dalam langkah sedemikian, Arkhom menyatakan bahawa bantahan daripada syarikat insurans bergantung kepada potensi untuk pembayaran balik secara besar-besaran. – Agensi