fbpx

Liputan 5G kini capai 64.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nie Ching (tengah) dan Guan Eng (tiga,kiri) di Program Merdeka@Komuniti Parlimen Bagan, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN /KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yakin sasaran liputan 5G sebanyak 80 peratus di seluruh negara dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Timbalannya, Teo Nie Ching berkata, ini susulan purata rangkaian 5G setakat ini telah mencapai 64.7 peratus di kawasan berpenduduk.

“Selain itu, pelaksanaan 5G di negeri ini juga berjalan lancar dan sehingga kini, sebanyak 290 menara telekomunikasi telahpun dibina.

“Daripada jumlah tersebut, 244 menara 5G telah ‘on air’ (beroperasi) sekali gus memanfaatkan 67.7 peratus kawasan berpenduduk.

“Kita optimis sasaran yang ditetapkan mampu dicapai melalui pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti Parlimen Bagan Daerah Seberang Perai Utara di Bagan Ajam di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI