fbpx

Laksana segera projek diumumkan kerajaan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan Program Pembangunan Ekonomi Orang Asli Negeri Kelantan Dan Terengganu kepada wakil Orang Asli pada Program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, Gua Musang hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

GUA MUSANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua projek yang diumumkan oleh kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat segera dilaksanakan seperti yang telah dijanjikan.

Menurutnya, beliau turut mengingatkan semua pihak terutamanya kementerian dan agensi kerajaan agar terus menjalankan projek yang diumumkan meskipun selepas tempoh PRN.

“Kita tidak mahu projek yang diumumkan itu dilupakan selepas pilihan raya. Kerajaan hari ini bukan seperti itu.

“Umum sebelum pilihan raya. Lepas pilihan raya, kita lupa. Saya tidak mahu orang anggap kita (kerajaan) bohong. Oleh itu saya akan minta semua jentera (agensi) kerajaan untuk melihat perkara tersebut,” katanya berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 2 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sekiranya ada kelewatan projek selepas ini, pegawai-pegawai tertentu akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Dalam program sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk kerja-kerja menaik taraf Jalan Kuala Betis-Pos Balar dan Pos Belatin-Bihai yang merupakan laluan perhubungan ke perkampungan Orang Asli yang rosak dan tidak berturap.

Menyentuh mengenai peruntukan tersebut, Anwar berkata, semua pihak perlu memberi tumpuan terutamanya masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI