fbpx

Kebolehpasaran graduan UUM meningkat 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Wong Wei Jie, (kiri) dan Ahmad Afiq Iqmal Ahmad Saidi (tengah) bersama penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Farah Ilyana Mohd. Anuar pada Majlis Konvokesyen ke-35 UUM di Sintok, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

SINTOK – Kadar kebolehpasaran graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) mencatatkan peningkatan kepada 94.4 peratus pada tahun lalu berbanding 84.4 peratus pada tahun sebelumnya.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd. Foad Sakdan berkata, peningkatan sebanyak 10 peratus itu sekali gus menunjukkan kebanyakan graduan yang menaiki pentas pada Konvokesyen UUM kali ke-35 ini sudah berada dalam alam pekerjaan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Wong Wei Jie, graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) kerana berjaya menempatkan diri di sebuah syarikat Denmark, Maersk Omnichannel Fulfilment yang berpangkalan di Singapura.

“Sebagai Global Management Trainee, beliau mendapat gaji permulaan kira-kira RM11,000. Begitu juga bagi graduan, Ahmad Afiq Iqmal Ahmad Said yang berjaya mendapat kerja di KPMG, Petaling Jaya dengan gaji permulaan hampir RM5,000,” katanya ketika berucap pada sesi pertama Majlis Konvokesyen UUM ke-35 di UUM Sintok, di sini hari ini.

Beliau, pada masa sama turut mengucapkan tahniah kepada Farah Ilyana Mohd. Anuar yang kini bekerja sebagai Penganalisis Penyelidikan dan Advokasi di Bait Al Amanah, Kuala Lumpur kerana memperoleh ijazah dalam program elit iaitu Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.93.

“Tahniah juga saya ucapkan kepada graduan dari Pusat Pengajian Perakaunan yang turut menerima anugerah kali ini iaitu K. Thivyaa yang kini bekerja sebagai Eksekutif Perakaunan Batu Kawan Berhad di Ipoh, Perak; Ain Fadhilah Md. Daud yang bekerja di Pricewaterhouse Cooper (PwC) sebagai IT Audit dan Noor Muniera Farhin Zambri yang bekerja sebagai Eksekutif Kewangan di TNB Fuel Services Sdn Bhd., Kuala Lumpur.

“Majikan memberikan mereka bertiga permulaan gaji antara RM3,200 hingga RM5,500,” ujarnya.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah merangkap Canselor UUM berkenan hadir bagi mengisytiharkan sesi pertama dan mengurniakan ijazah pada majlis konvokesyen tersebut.

Seramai 6,694 graduan yang menamatkan pengajian pada tahun lalu menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen itu yang bermula hari ini hingga Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI