fbpx

Kebakaran Larkin Sentral dipercayai bermula dari kedai buku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba masih melakukan operasi memadamkan api dalam kebakaran di empat buah kedai di Larkin Sentral, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Operasi memadam kebakaran yang berlaku di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral di sini dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang petang, hari ini.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, hal itu kerana masih terdapat bara api di beberapa kawasan terjejas.

Sehubungan itu katanya, operasi sedang dibuat bagi memastikan api kebakaran dipadamkan sepenuhnya, walaupun telah dikawal pada pukul 8.25 pagi tadi.

“Siasatan awal yang dibuat mendapati kebakaran bermula daripada premis kedai buku, sebelum merebak sehingga memusnahkan empat buat premis daripada keseluruhan 640 premis perniagaan, kawasan terjejas pula kira-kira 10 peratus daripada bangunan.

“Kawasan terlibat adalah di aras satu, dimana ketika kejadian premis masih belum lagi beroperasi jadi tiada mangsa terlibat dan masih belum ramai orang lagi.

“Pihak pengurusan Larkin Sentral memaklumkan operasi perkhidmatan bas ekspres tidak terjejas dan premis ini akan kembali dibuka secara berperingkat,” katanya kepada pemberita.

Tambah Ahmad Mukhlis, operasi memadam sepenuhnya kebakaran berdepan kesukaran kerana melibatkan kawasan dalam lot kedai, jadi perlu lebih berhati-hati.

“Ada kawasan terjejas turut melibatkan loteng yang runtuh dimana turut mengandungi bara api yang mungkin boleh menyebabkan api kembali naik semula,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI