fbpx

Kapten Young Tigers dalam radar Arul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUL (kanan) pernah berhasrat untuk menyerapkan Faris dan Alfarico sebagai pelatih kepada pasukan senior kendaliannya.

KETUA jurulatih skuad hoki senior lelaki negara, A. Arul Selavaraj pernah merancang untuk menyerapkan dua tonggak remaja, Muhamad Faris Harizan dan Alfarico Lance Liau Jr. sebagai pelatih kepada pasukannya.

Bagaimanapun, ia masih belum menjadi kenyataan disebabkan kecederaan dialami Faris selaku kapten skuad Young Tigers dan Alfarico yang merupakan penyerang kepada skuad kendalian Muhamad Amin Rahim itu sebelum ini.

Disebabkan itu, Arul mungkin tidak membuat kejutan apabila mengumumkan barisan 18 terbaiknya dalam masa terdekat yang akna mewakili Speedy Tigers ke Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 hujung bulan ini.

Berkemungkinan besar hanya Shahmie Irfan Suhaimi seorang daripada skuad remaja yang kekal bersama pasukan senior terpilih ke ACT 2023 di Chennai, India dari 3 hingga 12 Ogos ini.

“Saya memang nak kapten (Faris) dan Alfarico. Saya sudah bincang perkara ini dengan Amin tetapi ketika itu mereka berdua mengalami kecederaan. Jadi buat apa saya ambil kerana saya nak mereka untuk berlatih.

“Lagipun saya dah turunkan ramai pemain-pemain muda dalam skuad senior bermain di bahagian pertahanan kerana mereka cergas. Malah, sistem permainan saya pun baharu berbanding Piala Dunia pada Januari lalu.

“Jadi saya rasa (mungkin) tiada kejutan (skuad ke ACT 2023) sebab sekarang pun tinggal dua bulan untuk ke Sukan Asia (di Hangzhou, China pada September). Dah tak sempat,” katanya.

Begitupun, Arul yang dinobatkan Jurulatih Terbaik Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2022 tidak menutup ruang untuk mana-mana pemain remaja menjadi pelatih kepada pasukannya.

Ia mungkin berlaku jika ada di antara mereka berjaya menambat hatinya dalam aksi persahabatan antara skuad remaja dan senior yang kini sudah diadakan sebanyak tiga kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI