fbpx

Kapal karam: Tujuh warga Malaysia selamat – Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra

PUTRAJAYA – Wisma Putra mengesahkan tujuh warganegara Malaysia selamat dalam insiden kapal pelancong tenggelam di kawasan perairan Pulau Komodo, Labuan Bajo, Indonesia pada petang tadi.

Wisma Purta dalam kenyataan berkata, berikutan kejadian itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Walau bagaimanapun, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut,” katanya di sini malam ini.

Jelasnya, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut dan sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta beralamat di Jalan H.R. Rasuna Said, Kav. X/6, No. 1-3 Kuningan, Jakarta Selatan 12950 Republik Indonesia.

“Orang ramai juga boleh menghubungi di talian +62 21 5224 947 atau +62 813 8081 3036 (Pegawai Bertugas) serta email di [email protected],” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI