fbpx

Jenazah Salahuddin akan dibawa ke kampung ibunya di Tanjung Piai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Salahuddin.

PETALING JAYA – Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dibawa pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Pontian, Johor.

Memaklumkan perkara itu, Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal berkata, jenazah Allahyarham kini sedang diuruskan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Jelasnya, pihak Pejabat Menteri KPDN akan memberikan maklumat lanjut mengenai proses pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

“Sehubungan dengan itu, pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kash yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama in.

“Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Amin,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Timbalan Presiden Amanah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.23 malam tadi.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh anak beliau di laman Facebooknya, Fatihah Salahuddin.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI