fbpx

Jemput sekali Nik Amar ke podcast Keluar Sekejap – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Khairy Jamaludin, Nik Amar dan Shahril.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi menyarankan agar program podcast Keluar Sekejap (KS) menjemput Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Jelas Mohd. Puad, menerusi podcast yang dikendalikan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu, lebih banyak persoalan tentang fatwa yang pernah dikeluarkan Pas akan dapat dihuraikan.

“Elok KJ (Khairy Jamaluddin) jemput Nik Amar ke podcast Keluar Sekejap. Boleh tanya lanjut fatwa politik Pas, songsang atau syarie,” tulisnya di Facebook semalam.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu memaklumkan ketika ini banyak fatwa politik Pas dilihat songsang.

Malah katanya, parti itu seolah-olah tempat pembersihan dosa selepas beberapa bekas pemimipin dari Barisan Nasional termasuk Tun Dr. Mahahtir Mohamad dilihat kini menyokong Perikatan Nasional.

“Menurut Naib Presiden PAS Mohd Amar, sokongan Tun M kepada PN akan bersihkan ‘kesilapan silam’ bekas PM itu. Baginya Tun M sudah berubah.

“Kerana dia sudah berubah kita terimalah, sejarah itu (lama) nak buat macam mana. Menurutnya lagi, semua orang ada sejarah.

“Dalam sejarah Islam, ramai ada masalah sebelum (peluk) Islam. Mereka lawan nabi. Contohnya Washy. Dia bunuh bapa saudara nabi, Hamzah Abu Mutalib,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI