fbpx

Jaja suka belanja kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GADIS kelahiran Johor ini gembira apabila dapat belanja rakan atau kenalan makan.

DI SEBALIK wajah yang ayu dan manis, gadis Pesona Ahad minggu ini, Nur Faizzah Salim, merupakan seorang yang ceria.

Bagaimanapun, pengalaman di bangku sekolah mengajar gadis yang baru berusia 22 tahun ini berdepan segala kritikan di mana dia terpaksa didaftarkan setahun awal kerana dilahirkan pada 1 Januari 2001.

Dia dikritik ekoran umurnya yang muda berbanding rakan sekelas jelas hingga menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya.

Kepada wartawan Kosmo! Ahad, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Seni, Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana itu berkongsi mengenai diri dan impiannya.

Ceritakan sedikit tentang diri Jaja?

Nama saya Nur Faizzah Salim, 22, dan dilahirkan serta dibesarkan di Johor Bahru sebelum menetap di Shah Alam, Sela­ngor pada tahun 2018. Saya anak bongsu daripada empat beradik dan suka mengekspresikan diri melalui kepada bidang seni dan media.

Fakta menarik tentang Jaja?

Jaja tidak mahir memasak tetapi le­bih berminat untuk belanja orang makan. Reaksi melihat orang gembira de­ngan pemberian kita cukup untuk buat Jaja rasa tenang dan ceria seharian. Tapi, kalau tak suka, pandang sebelah mata pun Jaja tak mahu.

Di sebalik wajah saya yang ceria, Jaja juga mudah tersentuh hati. Jadi bila tengah sedih Jaja akan jauhkan diri tetapi dalam tempoh yang tertentu sahaja. Bila sudah reda, saya akan kembali se­perti biasa.

Impian Jaja di hari mendatang?
Buat masa sekarang, apa-apa yang berkait dengan media semua ingin saya ceburi. Membuat konten, modeling, shooting dan meneroka lebih dalam bidang ini secara serius sebab ia adalah cita-cita saya. Impian saya adalah berjaya dengan apa yang saya usahakan dan dapat me­nyenangkan keluarga serta orang sekeliling.


JAJA pernah diejek kerana lebih muda daripada rakan sekelasnya.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Seorang yang setia, bijak, ikhlas, meletakan agama dan keluarga sebagai keutamaan.

Selain itu mereka perlu romantik dan kalau boleh lebih tua daripada saya. Semestinya pasangan perlu tinggi 170 senti­meter ke atas sahaja.

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan?
Antara yang saya tak dapat lupa apabila orang mengejek saya hanya kerana dilahirkan pada 1 Januari 2001 kerana saya perlu masuk sekolah setahun awal dan belajar di dalam kelas pelajar tahun 2000.

Sepanjang persekolahan, semua mengejek dan mengatakan saya perlu hormat mereka hingga saya tak bersemangat, hilang keyakinan diri dan memberi kesan kepada mental saya.

Bagaimana mengharungi detik hitam tersebut?
Mula daripada itu, saya berusaha untuk cuba membuktikan pada semua yang umur tidak menjaminkan kedewasaan, kematangan dan kejayaan seseorang. Namun dengan belajar bersungguh-sungguh berjaya bagi saya mencari semula semangat yang hilang.

Apa yang Jaja nak ubah kalau jika diberikan peluang?
Jaja tak mahu jadi seorang yang kuat beremosi, rasa sedih dan marah sehingga banyak peluang besar ‘tertinggal’. Sebagai contoh, bila tak ada keyakinan depan kamera pasti akan rasa kecewa dan terus putus asa.

Kalau boleh ubah perasaan malu itu memang nak ubah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI