fbpx

Harimau Malaya bakal bersemuka dengan Mohamed Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya bakal berdepan Mesir yang diketuai Mohamed Salah pada aksi persahabatan antarabangsa September depan.

HARAPAN peminat bola sepak tanah air untuk melihat aksi Harimau Malaya menentang Mesir yang diwakili pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah pada September depan mungkin menjadi kenyataan.

Pengerusi Jawatankuasa Per­tandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Firdaus Mohamed yang mengesahkan perkara itu sudah seperti ‘se­belah kaki’ tetapi hanya boleh disahkan oleh Presiden FAM dalam masa terdekat.

Kata Mohd. Firdaus, satu perlawanan sudah disahkan dengan skuad negara akan menentang China yang menduduki tangga ke-79 dunia dan satu lagi pasukan yang berpotensi adalah Mesir di tempat ke-34 dunia.

“Potensi untuk bertemu Mesir agak cerah meskipun ia situasi boleh dianggap ‘langit dan bumi’ memandangkan kedudukan ran­king mereka yang jauh lebih baik.

“Cuma, saya difahamkan perkara itu masih lagi berada di tahap perbincangan fasa akhir khususnya melibatkan venue bersesuaian kerana kita akan bertemu China di gelanggang mereka terlebih dahulu.

“Apa yang pasti, biarlah Pre­siden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) yang akan umumkan dengan jangkaan selewatnya bulan depan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang dengan mendakwa Harimau Malaya berpeluang menguji kekuatan berdepan juara tujuh kali Piala Negara-Negara Afrika pada jendela aksi perlawanan antarabangsa Fifa, September ini.

Sebagai rekod, skuad negara telah mempamerkan prestasi konsisten pada aksi antara­bangsa tahun ini selepas merekodkan empat kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Hong Kong, Turkmenistan, Papua New Guinea dan Kepulauan Sa­lomon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI