fbpx

Guru rugi RM89,000 ditipu pelaburan emas dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SIBU – Seorang guru di sebuah sekolah swasta di sini lesap wang pelaburan sebanyak RM89,000 akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan emas secara dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata kejadian berlaku apabila lelaki berusia awal 30-an itu berkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Jooyee Yap Jia Yuan menerusi aplikasi Tantan.

Katanya, suspek kemudian mengajak mangsa untuk membuat pelaburan emas, dengan menjanjikan keuntungan lebih kurang 18 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat.

Beliau menambah, mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi BFMDTRADE dan diberikan penerangan mengenai pelaburan berkenaan sebelum suspek meminta mangsa membuat pembayaran wang pelaburan ke beberapa akaun bank.

“Mangsa telah melakukan 18 transaksi pemindahan wang berjumlah RM89,000 ke 11 akaun bank berlainan antara penghujung April sehingga Mei lalu.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak menerima apa-apa pulangan daripada pelaburan yang dibuat dan suspek juga gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azman berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada 21 Julai lalu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI