fbpx

Calon PKR DUN Permatang bukan kluster mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fahmi (tiga kanan) bertanyakan sesuatu kepada pelajar ketika meninjau sekitar UiTM selepas penyampaian watikah Komuniti Madani, hari ini.

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan calonnya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Mohd.Yahya Mat Sahri, bukan tergolong dalam kalangan kluster mahkamah.

Ketua Penerangan PKR, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, Mohd. Yahya telah pun bebas daripada halangan untuk bertanding dalam pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor itu sebelum ini telah menjalani hukuman penjara dan sebat sebelum ini.

“Itu bukan takrif kluster mahkamah, ia macam orang yang sedang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan hasutan contohnya.

“Atau pun kes melibatkan Jana Wibawa. Bagi saya itu (kes calon PKR) telah selesai. Saringan calon dibuat PKR dan Pakatan Harapan (PH) adalah ketat,”katanya, hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan penyampaian watikah penubuhan rasmi Komuniti Madani bagi Zon Tengah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini.

Semalam, PKR mengumumkan seramai 20 calon termasuk Mohd. Yahya bagi kerusi DUN Permatang.

Sebelum ini, Mohd.Yahya yang juga bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan selepas dia gagal dalam rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan terhadapnya atas kesalahan menipu pada 4 Mac 2016. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI