fbpx

Annuar terima surat tuntutan Kit Siang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar dan Kit Siang.

PETALING JAYA – Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang berikutan ucapannya yang didakwa mengaitkan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh dan kini bersama Pas memaklumkan telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada Kit Siang berhubung ucapan beliau yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

“Saya tidak boleh ambil tanggungjawab apa ditulis atau tajuk berita ditulis, tetapi saya sedia pertahankan ucapan saya yang sebenar bahawa berlaku peristiwa 13 Mei 1969 antara lain berpunca daripada ucapan pemimpin yang berbaur perkauman sebelum dan semasa peristwa tersebut.

“Saya menyebut fakta sejarah berdasarkan rekod dan catatan sejarah. Semalam saya telah beri arahan kepada peguam saya membalas LOD tersebut dan menegaskan pendirian saya dan sebahagian dari asas pendirian tersebut.

“Sekiranya Kit Siang masih memilih untuk membawanya ke mahkamah dan tidak berhujah secara politik, saya bersedia menjawabnya di mahkamah.
Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Annuar berkata, beliau juga sedia bertemu Kit Siang secara baik dan bersemuka berbincang isu-isu politik negara.

Kata beliau, semua ahli politik bertanggungjawab berpolitik secara matang dan bertanggungjawab dan pastikan negara ini bebas dari perkauman sempit dan peristiwa 13 Mei tidak harus berulang.

“Biarlah Malaysia sebagai negara majmuk di mana rakyatnya terus hidup dalam aman harmonis dan sejahtera,” katanya.

Kit Siang sebelum ini memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Annuar kerana didakwa mengaitkannya dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyatakan akan turut menuntut ganti rugi daripada daripada Annuar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI