fbpx

Aksi panas The 1975, polis terima tiga laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video persembahan The 1975 yang diambil peminat di Good Vibes Festival, semalam.

PUTRAJAYA – Polis mengesahkan telah menerima tiga laporan berhubung inisiden kelakuan tidak senonoh dan kenyataan biadap dipamerkan vokalis kumpulan pop rock The 1975 ketika persembahan Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini, laporan berkenaan hanya diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.

“Insiden itu juga dikatakan telah menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan telah memperlekehkan undang-undang negara.

“Polis menyokong penuh keputusan dimumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Majlis Perbandaran Sepang untuk membatalkan festivak tersebut secara serta-merta atas faktor keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, polis telah menjalankan siasatan dengan memanggil pihak terlibat dan kes disiasat bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Susulan itu, orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat,” tegasnya.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan The 1975 di ‘gam’ membuat sebarang persembahan di Malaysia selepas melakukan aksi tidak senonoh dengan mencium rakan sejantina iaitu lelaki pada festival muzik Good Vibes.

Insiden tersebut dilakukan secara spontan oleh vokalisnya iaitu Matty Healy yang mencium gitaris kumpulannya, Ross Macdonald di atas pentas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI