fbpx

4 pendaki sesat dua jam dalam hutan Pantai Esen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat mangsa berjaya ditemui pasukan bomba selepas hampir dua jam tersesat dalam hutan Pantai Esen, Batu Maung, hari ini.

BALIK PULAU – Seramai empat pendaki termasuk seorang wanita berdepan detik cemas apabila tersesat di hutan Pantai Esen, Permatang Damar Laut, di sini, pagi tadi.

Mereka ditemui semula kira-kira pukul 1.20 tengah hari oleh pasukan penyelamat terdiri 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru.

Komander Operasi, Mohd. Mustakim Mat Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.04 pagi tadi.

Menurut beliau pihaknya dimaklumkan terdapat empat mangsa terdiri tiga lelaki dan seorang wanita berbangsa Cina dilaporkan tersesat di dalam hutan ketika menjalankan aktiviti mendaki.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa juga telah dapat dihubungi melalui talian telefon dan telah menghantar lokasi melalui aplikasi WhatsApp.

“Kesemua mangsa berjaya ditemui pada pukul 1.20 tengah hari tadi. Difahamkan, mereka tersasar dari (laluan mendaki) lalu mencari laluan lain untuk keluar namum gagal dan hilang arah,” Katanya kepada Kosmo! sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI