fbpx

3 cedera ditikam dalam serangan tren di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek lelaki berusia 37 tahun bersenjatakan tiga bilah pisau ketika dia ditahan di Stesen Bandar Rinku, wilayah Osaka. - AFP

TOKYO – Tiga individu cedera dalam satu serangan bersenjatakan pisau di dalam sebuah kereta api di barat Jepun hari ini, dengan polis menyatakan bahawa ia telah menahan seorang lelaki yang menjadi suspek insiden itu.

Mangsa, iaitu seorang konduktor kereta api berusia lingkungan 20-an dan dua penumpang lelaki berusia 20-an dan 70-an dibawa ke hospital dengan kecederaan yang tidak mengancam nyawa, kata Tetsuya Sakagami dari jabatan bomba berhampiran.

Suspek lelaki berusia 37 tahun bersenjatakan tiga bilah pisau ketika dia ditahan di Stesen Bandar Rinku, wilayah Osaka, kata polis tempatan kepada AFP.

Dia ditahan atas dakwaan cubaan membunuh dan sudah mengaku melakukan serangan itu, kata polis sambil menambah, pihaknya masih menyiasat motif serangan.

Jenayah ganas jarang berlaku di Jepun ekoran kadar pembunuhan yang rendah dan negara itu adalah antara yang mempunyai undang-undang senjata api paling ketat di dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI