fbpx

Zoo terkejut gorila disangka jantan lahirkan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor gorila yang disangka jantan bernama Scully bersama anak perempuannya yang dilahirkannya dalam minggu ini di Zoo Colombus, Ohio. - Gambar Zoo Columbus/Twitter

WASHINGTON – Kakitangan sebuah zoo di Ohio menerima berita mengejutkan apabila seekor gorila yang mereka percaya jantan telah melahirkan anak gorila betina, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC), semalam.

Zoo Columbus menyatakan, gorila disangka jantan tersebut bernama Sully yang menjadi penghuni zoo tersebut sejak 2019. Sully ditemui bersama anaknya kelmarin.

Pihak zoo berkata, Sully sentiasa sihat sehiggakan mereka tidak perlu memeriksa keadaan kesihatannya, menyebabkan mereka keliru tentang jantina gorila itu.

Mereka juga tidak berasa curiga sehingga melihat gorila tersebut yang berusia lapan tahun menyusu anaknya. 

Pada kebiasaannya, gorila tidak mempunyai organ seks yang menonjol dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan bunting kerana perut haiwan tersebut besar,  manakala saiza bayinya jauh lebih kecil berbanding bayi manusia.

Pihak zoo tersebut akan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan induk jantan anaknya.

Sully tinggal dalam kumpulan gorila yang dipimpin oleh Mac berusia 39 tahun termasuk dua ekor gorila jantan muda. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI