fbpx

Warga emas hilang ditemui tersepit dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan Che Ishak yang tersepit di dalam kereta selepas terlibat kemalangan di Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil, dekat Baling.

BALING – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu ditemui tersepit di dalam keretanya pada pagi semalam selepas terlibat kemalangan di kawasan cerun Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil berdekatan Taman Chempaka, Bukit Selambau, dekat sini.

Mangsa, Che Ishak Shaari, 72, dari Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, di sini ditemui orang awam kira-kira pukul 7.45 pagi.

Mangsa yang mengalami kecederaan patah tangan dan pendarahan pada kepala dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, dekat sini untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, anak mangsa, Mohd. Haidie, 46, yang tinggal di Batu Caves, Selangor membuat laporan polis tentang kehilangan warga emas itu di Balai Polis Gombak pada Rabu lalu.

Katanya, mangsa kemudian ditemui oleh orang awam dalam keadaan masih tersepit di dalam kereta jenis Proton Iswara di kawasan cerun tersebut.

“Seorang rakan mangsa memaklumkan mangsa hanya sesekali pulang ke rumah yang mana kebanyakan masanya tidur di dalam kereta di Stesen Bas Kuala Ketil sejak sembilan bulan lalu.

“Mangsa juga pernah beberapa kali ditegur rakan-rakannya kerana sukar dihubungi gara-gara tidak mengecas telefon,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI