fbpx

Wanita dihantui rasa bersalah, jadi punca rakan lelaki bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gara-gara terlampau ‘melayan’ senior tempat kerja yang berstatus suami orang, seorang wanita kini dihantui rasa bersalah apabila mengetahui dirinya telah menjadi punca rumah tangga rakan sekerja lelakinya terumbang-ambing.

Menerusi perkongsian yang dirahsiakan identitinya di satu akaun Twitter, isteri kepada lelaki terbabit bertindak menuntut cerai selepas wanita itu ‘kantoi’ berkongsi gambar raya dengan suaminya.

Difahamkan, wanita dan senior lelakinya telah bekerja bersama selama tiga tahun yang mana memerlukan mereka berkomunikasi setiap hari.

Sehubungan itu, wanita itu juga turut mendakwa dirinya telah mencipta ‘jurang’ antara mereka berdua disebabkan rakan sekerjanya itu telah berkahwin.

Tangkap layar perkongsian luahan wanita terbabit di Twitter.

“Tahun ini masuk tahun ketiga saya bekerja bersama dengan dia dan saya perasan dia berusaha mendekati saya. Tapi saya layankan sahaja sebab tidak mahu ada rasa janggal antara kami berdua.

“Saya ada kongsi gambar raya dan ‘kantoi’ dengan isteri dia. Sekarang, mereka dalam proses bercerai.

“Saya cuma anggap dia sebagai kawan rapat di tempat kerja sahaja. Adakah saya perosak rumah tangga?,” tanya wanita terbabit.

Meninjau komen di perkongsian berkenaan, ramai pengguna Twitter dilihat menyerang wanita berkenaan dengan komen-komen ‘pedas’ selain memarahi tindakannya yang tidak menjaga batas pergaulan dengan lelaki berstatus suami orang.

“Malangnya, jawapannya adalah ya. Apa tujuan berhubung tanpa urusan rasmi? Kan dah jadi masalah,” ujar Jabnetizenmy.

“Apa motif kongsi gambar raya dengan rakan kerja lelaki? Kalau aku jadi bini dia pun aku marah,” komen hkitty. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI