fbpx

TdF: Vingegaard nafi guna bahan terlarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINGEGAARD menafikan dakwaan bahawa dia menggunakan bahan terlarang ketika mendominasi saingan peringkat ke-16 dan 17 saingan TdF. – AFP

PARIS – Kejayaan Jonas Vinge­gaard terutama di peringkat ke-16 dan 17 menimbulkan reaksi kurang senang hingga wujud spekulasi terutama penggunaan bahan terlarang atau kesalahan doping dalam perlumbaan Tour de France (TdF).

Perkara itu turut dibangkitkan di seluruh media sosial dan saluran media lain termasuk L’Équipe selepas pendahulu keseluruhan itu telah menjalani empat ujian anti-doping dalam tempoh dua hari terakhir termasuk satu jam sebelum permulaan peringkat ke-17.

Bagaimanapun, pelumba Jumbo-Visma itu tenang menjawab tuduhan tersebut apabila mengakui dia berbeza dengan pelumba terdahulu terutama Lance Armstrong.

“Kami menggunakan tenaga berbeza daripada Armstrong. Saya faham dengan segala keraguan itu. Saya faham bahawa sukar bagi sesetengah orang untuk mempercayai memandangkan apa yang telah berlaku pada masa lalu.

“Tetapi, kami semua adalah pelumba yang berbeza berbanding sebelum ini. Saya boleh mengesahkan bahawa saya tidak mengambil apa-apa bahan yang dilarang,” kata Vingegaard.

Tadej Pogacar dan rakan sepasukannya dari pasukan UAE Emirates juga diuji pada pagi Rabu lalu sejam sebelum perlumbaan bermula di Saint Gervais.

Sejak 2021, Agensi Pengujian Antarabangsa (ITA) telah mengendalikan ujian dengan lebih ketat dan pemenang setiap pemenang peringkat perlu menjalani ujian anti-doping.

Pada Rabu lalu, Vingegaard dan Tadej Pogacar turut diarahkan menjalani ujian darah tambahan ketika kedua-dua mereka dilihat berjaya mendominasi saingan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI