fbpx

Rashford perlu pacu United buru trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD akan terus menjadi tonggak penting United selepas menandatangani kontrak baharu untuk tempoh lima tahun lagi. – AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Wayne Rooney mencabar Marcus Rashford untuk membawa kelab itu kembali menjadi pasukan pencabar kejuaraan selepas menandata­ngani kontrak jangka panjang yang cukup lumayan.

Pemain berusia 25 tahun itu terus memberikan komitmen mengenai masa depannya di Old Trafford selepas menandata­ngani kontrak selama lima tahun sehingga 2028 dengan me­raih pendapatan mingguan lebih £300,000 (RM1.76 juta).

Rooney memuji prestasi cemerlang dipamerkan Rashford sepanjang musim lalu, namun menggesanya untuk segera berada dalam kelompok penggempur elit bagi membantu United menjulang lebih banyak trofi.

“Saya fikir Marcus Rashford memiliki bakat yang luar biasa. Saya sangat gembira apabila dia membuat keputusan menandatangani kontrak baharu bersama United.

“Bagi tempoh lima tahun akan datang, ia menjadi tempoh yang penting buat Rashford mencipta legasinya.

“Dia mampu menjaringkan lebih banyak gol, tetapi jika dia mahu setanding dengan Kylian Mbappe dan Erling Haaland, dia perlu menjadi seorang pemain yang mampu membantu United mendapatkan kejuaraan. Saya harap dia mampu lakukannya,” katanya.

United gagal merangkul gela­ran Liga Perdana Inggeris selepas Sir Alex Ferguson meninggalkan pasukan tersebut pada 2013 dan kali terakhir menjulang trofi Liga Juara-Juara adalah pada 2008.

Rashford merupakan produk Akademi United yang dianggap paling berjaya apabila sudah menjaringkan 123 gol dalam 359 penampilan selepas berjaya menembusi pasukan senior The Red Devils pada 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI