fbpx

PRN: Pas tak kenal ramai calon BN di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong Pas yang hadir pada program Munajat Rakyat Kelantan: Ppakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Pas Kelantan langsung tidak tergugat dengan strategi Barisan Nasional (BN) yang memperkenalkan 30 peratus muka baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Timbalan Persuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut mengakui bahawa beliau tidak pernah mendengar nama yang ditampilkan oleh BN kali ini.

“Jadi, kita tengok keadaan selepas ini kerana ramai (calon BN) kita tidak kenal. Melihat kepada ‘mood’ rakyat pada malam ini, kita yakin dapat mempertahankan kerajaan Pas di Kelantan.

“Pas juga akan memperkenalkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon muka baharu atau mungkin lebih lagi. Setakat ini, kita mempunyai dua calon wanita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Munajat Rakyat Kelantan: Ppakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Mohd. Amar memberitahu, melihat kepada ‘mood’ rakyat ketika ini, beliau optimis Pas mampu menyapu bersih semua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN nanti.

Katanya, kebanyakan isu dimainkan pihak lawan antaranya masalah air dan anak-anak wakil rakyat bekerja di bawah agensi-agensi kerajaan bersifat kitar semula.

“Kebanyakannya isu tersebut telah dijelaskan sebelum ini. Isu air telah begitu lama dimainkan manakala isu anak beranak di dalam agensi di bawah kerajaan negeri pula, mereka dilantik berdasarkan kelayakan.

“Mereka diambil bekerja melalui proses pengambilan pekerjaan biasa termasuk proses temu duga dan mengikut kelayakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI