fbpx

Penduduk Asia Tenggara makan kari sejak 2000 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batu pengisar ditemui dipindahkan dari lokasi asalnya di selatan Vietnam pada 2018. - Foto Khanh Trung Kien Nguyen/Southern Institute for Social Sciences

HANOI, Vietnam – Kari dipercayai diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara kira-kira 2,000 tahun lalu, kata sekumpulan saintis selepas menemui bukti tertua tentang penyediaannya, lapor portal berita The Guardian semalam.

Kumpulan saintis itu menganalisis sisa tumbuhan daripada  12 alat pengisar batu kuno yang ditemui di Oc Eo, selatan Vietnam. Mereka kemudian menemui penggunaan beras serta rempah kari seperti, kunyit, halia, temu kunci, halia pasir, lengkuas, bunga cengkih, buah pala dan kayu manis.

“Kami menemui pelbagai rempah berasal dari lokasi berbeza di Oc Eo,” kata Dr. Hsiao-chun Hung dari Universiti Nasional Australia yang mengetuai kajian tersebut.

Pasukan penyelidik itu terkejut apabila mendapati buah pala yang mereka gali di tapak itu masih  berbau aromatik walaupun selepas kira-kira dua ribu tahun kemudian.

Sisa kunyit dan halia adalah yang paling banyak ditemui  antara lapan rempah tersebut.

“Ia menunjukkan kemungkinan ramuan ini digiling, seperti butir yang terdapat dalam serbuk kari moden,” kata Hung.

Mereka menggali alat-alat batu tersebut  termasuk lesung antara tahun 2017 hingga 2019 serta mendapati alatan itu berasal dari Asia Selatan.

Penemuan tersebut mendorong  kumpulan saintis sama  membuat kesimpulan bahawa resepi kari diperkenalkan ke Asia Tenggara oleh pendatang dari Asia Selatan semasa hubungan perdagangan awal melalui Lautan Hindi. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI