fbpx

Onana sah jadi milik Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA menandatangani kontrak selama lima tahun bersama United selepas melengkapkan perpindahan dari Inter. – AFP

MANCHESTER – Penjaga gol baharu Manchester United, Andre Onana berjanji untuk membalas kepercayaan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan selepas melengkapkan perpindahan dari kelab Inter Milan awal pagi semalam.

Sebagai rekod, United telah membuat pelaburan besar de­ngan mengeluarkan dana seba­nyak £43.7 juta (RM270.2 juta) dengan tambahan £3.4 juta (RM20.4 juta) bergantung prestasi sepanjang lima tahun kontrak yang telah ditandatangani.

Penjaga gol antarabangsa Cameroon itu mengakui sangat teruja dan tidak sabar untuk membuat kemunculan debut pertama dengan jangkaan bakal diturunkan pada aksi persahabatan bertemu Arsenal di New Jersey awal pagi esok.

“Ini adalah kebanggaan peri­badi buat saya untuk menyertai kelab besar seperti United dan saya telah tunggu sepanjang karier saya agar dapat menikmati detik ini. Berdiri di Old Trafford memberikan gambaran awal mengenai pengalaman yang bakal saya harungi nanti.

“Apa yang pasti, saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan baharu dan barisan kejurulatihan. Sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik sekiranya diberi peluang menjadi penjaga gol No. 1 sekali gus mencipta legasi tersendiri,” katanya.

Sementara itu, pengarah sukan The Red Devils, John Murtough mengesahkan Onana akan diberi peranan selaku penjaga gol utama bagi mengisi kekoso­ngan yang ditinggalkan oleh David De Gea selepas kontraknya tidak disambung.

“Onana sentiasa memberikan kejuaraan walau di mana sahaja kelab yang disertainya sebelum ini dan harap mentaliti juara itu dapat diteruskan apabila diberi peranan selaku penjaga gol utama pasukan nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI