fbpx

Minta maaf atau berdepan saman – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tiga dari kiri) ketika hadir pada program KV Insani Masyarakat Madani Pulau Pinang di Dewan MPKK Sungai Acheh, Nibong Tebal, hari ini.

SEBERANG PERAI – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak akan berkompromi dengan sebarang isu membabitkan fitnah khususnya yang dibuat ketika musim pilihan raya ini.

Justeru, Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR berkata, mana-mana individu atau pihak yang belum membuat permohonan maaf terhadapnya berhubung isu azan yang didakwanya telah diputar-belitkan sebelum ini supaya segera berbuat demikian sebelum tindakan saman diambil.

“Tonton betul-betul saya punya video itu. Sebab kalau tak tonton, jangan komen apa-apa. Itu fitnah,” katanya ditemui pemberita selepas melancarkan Program Kolej Vokasional (KV) Insani Masyarakat Madani Pulau Pinang di Dewan Serbaguna Sungai Acheh, Nibong Tebal di sini, hari ini.

Pada 12 Julai lalu, media melaporkan bahawa Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menggesa parti pembangkang supaya berhenti membawa isu azan semasa pilihan raya negeri (PRN).

Fitnah yang tersebar itu mengaitkan Fadhlina apabila terdapat satu kenyataan yang menyatakan perwatakan beliau seperti beradab dan berakhlak Islam, namun berbeza di pentas politik.

Susulan itu, beliau telah membuat satu laporan polis dan menyatakan bahawa tidak akan teragak-agak untuk menyaman pihak yang membuat kenyataan fitnah berkenaan.

Dalam pada itu, Fadhlina bertegas bahawa beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku yang didakwa tidak bertanggungjawab itu.

“Saya ulang lagi sekali. Itu semua fitnah. Saya takkan berganjak (daripada keputusan menyaman). Minta maaf atau saya akan saman. Itu saja.

“Ada yang sudah minta maaf, ada yang belum. Jadi, yang belum itu (kena) minta maaf. Kena ingat, fitnah ini dosanya besar daripada membunuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI