fbpx

Luar biasa 5 darah Asia gegar AGT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIBGLAM merangkumkan individu yang berjaya menghipnotis dunia dengan bakat tersendiri di pentas AGT.

ORANG Asia memang berbakat besar dalam pelbagai segi. Itu adalah satu fakta yang tidak boleh disangkal.

Kalau dahulu, Charice dari Filipina pernah menawan Amerika Syarikat dengan pesona vokalnya yang sungguh hebat, namun namanya merundum disebabkan kecelaruan identiti dan kemudian menjadi Jake Zyrus.

Sekarang pun, ramai orang Asia membina nama di negara Uncle Sam itu. Nyata Hollywood adalah tempat mengubah impian menjadi nyata.
BTS, Agnez Mo, Yuna dan Blackpink antara bukti benarlah – in Hollywood, dreams can come true.

Fokus tentang semangat Asia dan program realiti America’s Got Talent (AGT), HibGlam merangkumkan individu yang berjaya menghipnotis dunia dengan bakat tersendiri di pentas mega tersebut.

Avantgardey (Jepun)

Jepun yang menggelarkan diri mereka Avantgardey turut menggoncang pentas AGT dengan bakat yang cukup luar biasa dan tersendiri.

Lebih membanggakan usai melunaskan persembahan berunsurkan tarian, seorang juri iaitu Heidi Klum mengakui sangat terhibur dengan apa yang dipaparkan. Katanya, persembahan Avantgardey membuatkan dirinya meresapkan semangat orang Jepun ke jiwa.

“Sesuatu yang pelik, kami (juri) tidak pernah lihat sebelum ini,” demikian kata Klum dan Vergara.

Ketua juri Cowell pula menyifatkan persembahan mereka sangat genius.

“Saya betul-betul gembira kalian datang dari Jepun untuk uji bakat di sini (Amerika). Avantgardey mendapat empat ‘yes’ daripada kesemua juri dan mara ke peringkat selanjutnya.

Putri Ariani (Indonesia)

Mempunyai masalah penglihatan atau buta sejak kecil tidak menghalang Putri Ariani memaku perhatian dunia dengan bakat nyanyian luar biasanya di pentas AGT.

Dia menjadi kebanggaan rakyat Indonesia apabila mengejutkan juri dan penonton AGT selepas berjaya mendapat Golden Buzzer daripada juri, Simon Cowell.

Putri menampilkan persembahan luar biasa dengan bakat nyanyian serta skil bermain piano. Ketika beraksi di pentas AGT, dia menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Loneliness sambil bermain piano, sekali gus membuatkan Cowell segera menekan Golden Buzzer.

“Impian saya adalah menjadi diva terbesar di dunia seperti Whitney Houston dan memenangi Grammy Award,” kata Putri.

Usai mendendangkan lagu Loneliness, Putri diminta menyanyikan lagu kedua dendangan Elton John, Sorry Seems To Be The Hardest Word yang mengundang tepukan berdiri semua juri dan audiens.

Zoe Erianna (Filipina)

Penyanyi cilik berusia enam tahun, Zoe Erianna membuatkan ramai ternganga dengan bakat nyanyian energetik ketika menjalani audisi AGT. Ketika berdepan juri, Zoe menyanyikan lagu Born This Way nyanyian asal Lady Gaga. Langsung tidak gugup ketika melakukan persembahan, kanak-kanak keturunan Filipina-Amerika itu mendapat empat ‘yes’ dan dibekalkan pujian menggunung.

“Anda sangat berani, berbakat dan miliki vokal yang bagus. Suka bila anda melakukan semua pergerakan. Semua orang sukakan uji bakat ini,” kata Cowell.

Jika menang AGT, Zoe ingin membelanjakan wang kemenangan dengan membeli patung Barbie yang bersaiz gergasi. Sungguh comel!

Cakra Khan (Indonesia)

Penyanyi asal Indonesia Cakra Khan akhirnya melakukan persembahan di pentas AGT. Membawa semangat Garuda, Cakra menjalani audisi dengan menyanyikan dua buah lagu iaitu Make It Rain nyanyian asal nyanyian asal Foy Vance dan lagu popular Bob Marley, No Woman, No Cry.

Ketika nyanyian pertama, Cakra diminta berhenti oleh ketua juri, Simon Cowell sebelum membuat ramai terpaku menerusi dendangan lagu kedua.

Dengan suara serak-serak basah, pelantun lagu Kekasih Bayangan itu berjaya mendapat empat ‘yes’ daripada kesemua juri termasuk Heidi Klum, Howie Mandel, dan Sofia Vergara dan juga Simon. “Sangat jarang mendengar suara seperti anda.

“Lagu kedua membuatkan saya lebih mengenali anda sebagai seorang artis. Saya betul-betul sukakan suara anda,” kata Simon. Sekiranya menang AGT, Cakra ingin membina pusat perlindungan haiwan.

Lavender Darcangelo (Asia)

Disifatkan sebagai antara pencabar terbesar Putri Ariani, wanita berdarah Asia tetapi menetap di Amerika Syarikat (AS) dan berusia 25 tahun itu sangat istimewa. Dia buta dan autistik. Lavender Darcangelo meraih Golder Buzzer daripada Heidi Klum.

Lavender merupakan anak angkat kepada pasangan AS berasal daripada Fitchburg, Massachusetts. Dia mula menyanyi ketika berusia tiga tahun dan hanya mampu bercakap ketika usia sekitar empat tahun.

“Saya buta dan autistik,” jawabnya ketika ditanya juri sedikit tentang latar belakang sebelum memulakan audisi.

Menyanyikan lagu Out Here On My Own dendangan asal Irene Cara, Lavender membuatkan seluruh dewan AGT memberikan tepukan berdiri (standing ovation) termasuk semua para juri.

“Saya ingin menjadi pasukan sorak anda daripada mula sampaikan garisan penamat pertandingan ini, apa kata anda?,” ujar Klum sebelum menekan butang Golden Buzzer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI