fbpx

Larangan terlibat politik dalam masjid, surau Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAIS.

SHAH ALAM – Pentadbir masjid dan surau tidak dibenarkan sama sekali untuk membantu atau terlibat dalam apa jua aktiviti yang berfokus politik.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ini memandangkan terdapat kemungkinan akan berlakunya usaha dan ikhtiar daripada parti-parti politik untuk mengadakan aktiviti propaganda politik mereka seperti di masjid dan surau di negeri Selangor.

Katanya, aktiviti yang lazim sebelumnya adalah seperti program pengenalan calon yang bertanding dalam pilihan raya, Program Sumpah Mubahalah, program berkumpulan ahli atau penyokong parti untuk tujuan atau keutamaan ahli dan parti serta lain-lain seumpamanya.

“Pihak masjid dan surau hendaklah menghalangnya daripada berlaku jika jelas secara tampak aktiviti atau program yang melibatkan calon parti bertanding, aktivis politik, gambar-gambar tokoh parti serta slogan dan lambang yang mewakili parti-parti tertentu.

“Selain itu, semua bentuk bahan kempen atau propaganda parti politik hendaklah dipastikan tidak berada di dalam premis bangunan atau di dalam kawasan pagar masjid dan surau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan perkara itu telah diingatkan kepada Pegawai dan Jawatankuasa Masjid dan Surau Negeri Selangor di dalam surat jabatan ini bertarikh 22 Ogos tahun lalu.

Mohd. Shahzihan menambah, ketetapan ini selaras dengan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengkehendaki masjid dan surau sebagai zon aman dan bebas daripada propaganda politik dan politik kepartian.

“Berdasarkan Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2017, Pentadbir Masjid dan Surau hendaklah membantu apa juga ketetapan yang dibuat oleh MAIS,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan sebarang tindakan yang bersifat menghina atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atau arahan MAIS, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Pegawai masjid juga boleh, dalam masa yang sama dibatalkan pelantikannya oleh MAIS berdasarkan Peraturan 7 (f). Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI