fbpx

Liga Super: Kogileswaran perkuat Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R. Kogileswaran dan Al Hafiz Harun diperkenalkan sebagai pemain baharu Penang FC di George Town semalam. - Foto ihsan Penang FC

BEKAS pemain Chungbuk Cheongju FC, R. Kogileswaran bakal memberikan nilai tambah buat Penang selepas ambil keputusan pulang ke Malaysia daripada Korea Selatan.

Dengan pengalamannya beraksi dengan beberapa kelab besar di negara ini, peluang timba ilmu bersama Chungbuk Cheongju FC pastinya menjadikan Kogileswaran pemain yang lebih matang.

“Penang FC dengan ini mengumumkan seorang lagi pemain tempatan baharu yang akan bersama pasukan pada jendela perpindahan kedua musim 2023, Kogi kini Harimau Kumbang,” menurut kenyataan Penang FC.

Pemain berusia 24 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur ini telah bersama pasukan Sri Pahang FC selama 3 musim dari tahun 2016 hingga 2019 sebelum berhijrah ke pasukan PJ City selama dua musim.

Selepas itu, aksi cemerlang yang dipamerkannya ketika sarung jersi kebangsaan menarik minat Chungbuk Cheongju FC namun kesukaran untuk mendapatkan minit permainan dikatakan menjadi faktor Kogileswaran ambil keputusan pulang ke tanah air.

Selepas mengharungi 17 perlawanan, Penang FC kini berada di tangga ke 10 Liga Super, kutip 19 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI