fbpx

Jangan seret Raja-Raja Melayu dalam kancah politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis tersebut di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SABAK BERNAM – Golongan ahli politik tidak seharusnya menyeret raja-raja dalam kancah politik negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, raja-raja mempunyai kedudukan tersendiri dan kedaulatan tinggi yang perlu dipelihara dalam kerajaan terutama di Malaysia.

“Bukan sahaja orang Selangor (sebaliknya) Pahang, Kedah dan Kelantan pun ada raja. Kita semua ada Agong.

“Jangan samakan raja-raja dengan kita. Raja tidak boleh cakap kempen macam ini. Baginda (raja-raja) menjaga tarafnya.

“Sebab itu, saya cakap kedaulatan ke bawah Duli Yang Maha Mulia. Jadi, jangan seret raja-raja dalam perbincangan (politik) kita,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Sentuhan Kasih Desa Selangor dan Mini Karnival Usahawan Desa di Stadium Sungai Besar, hari ini.

Beliau menegaskan agar konsep kerajaan perpaduan yang ada ketika ini dipertikaikan begitu sahaja kerana ia merupakan titah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tambah Anwar, selain beliau turut dipanggil menghadap Seri Paduka adalah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang malah Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa tiada mana-mana parti mempunyai majoriti menubuhkan kerajaan.

Anwar (tengah) ketika hadir Sentuhan Kasih Desa Selangor dan Mini Karnival Usahawan Desa di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam hari ini. – Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

“Ini tidak, mana ada Agong kata sokong kerajaan perpaduan suruh bersama bentuk perpaduan.

“Saya tidak tahu macam mana orang itu dalam politik, tetapi saya nak sebut perpaduan itu titah Tuanku Agong,” tegasnya.

Jelas beliau, semua pihak tidak seharusnya menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu atau menanggung tindakan mengikut undang-undang.

“Saudara kena faham, sistem raja kalau nak pertahankan begini caranya. Saya (Anwar) berbeza pandangan, saya pergi menghadap, patik rasa begini begini. Begitu caranya.

“Tengok di Thailand, Pita Limjaroenrat (Parti Move Forward) menang kerusi terbesar di Thailand. Dua
bulan tidak boleh tubuh kerajaan. Terhuyung hayang, terumbang-ambing kerana raja tidak perkenan. Jadi akhirnya, 29 hari bulan ini baru nak putus (pembentukan kerajaan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI