ISKANDAR PUTERI – Bahang kemeriahan perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City (KL City) semakin terasa apabila ribuan penonton mula membanjiri perkarangan Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini hari ini.
Sejak pukul 3.30 petang tadi, pekarangan stadium mula sesak dengan kehadiran penonton yang hadir dari seluruh pelusuk daerah di ini.
Turut tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir yang diadakan di luar kawasan Lembah Klang itu ialah seorang wanita berbadan dua, Nurul Syafiqah M Sukir.
Operator Kilang berusia 27 tahun itu hadir ke stadium bersama suami Mohd. Syafiq Mohd. Yasin, 24, serta ahli keluarga dari Batu Pahat itu tiba seawal pukul 2 petang tadi.
Walaupun hamil enam bulan itu sanggup bersesak dengan kehadiran penonton yang ramai bagi menyaksikan skuad Harimau Selatan beraksi buat pertama kali di stadium keramat itu.
Dalam pada itu, seorang lagi penyokong, Rosli Musa, 43, merasa bertuah apabila SSI dipilih sebagai tuan rumah aksi final Piala FA kerana dapat menyaksikan pasukan kegemarannya beraksi di pentas akhir dan kemungkinan bakal menjulang Piala FA 2023.-KOSMO! ONLINE