fbpx

Dr. Malar tuntut janji Bell belanja makan bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Malar, Bell

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi mahu bintang popular, Bell Ngasri tunai janji belanja peminat makan tengah hari di bulan Ramadan.

Janji itu dibuat Bell sekiranya dia memenangi anugerah itu sebelum ini.

Menerusi hantaran di Instagram Dr. Malar, beliau meminta pengikutnya mengingatkan Bell supaya tidak mungkir janji menunaikan manifestonya itu.

Hantaran di Instagram Dr. Malar hari ini.

“Bell Ngasri jangan lupa belanja Dr. Malar makan ‘lunch’ di bulan Ramadan. #pengundisetia.

“Sesiapa yang kenal dia, tolong ingatkan ya. Saya ini setiap hari gigih undi demi belanja yang dia janjikan itu. Tak baik mungkir janji,” katanya.

Dalam pada itu, perkongsian Dr. Malar ternyata mendapat reaksi positif dalam kalangan pengikutnya apabila rata-rata daripada mereka menyokong kenyataan dibuat beliau.

“Saya join (sertai) doktor. Kalau saya datang bulan,” seloroh Zackkirana.

“Dr. saya pun gigih undi dia, nak ikut juga kalau Bell belanja,” kata Patrine.

“Ramai geng-geng peminat Bell yang bukan Islam stanby (bersedia) nak tuntut janji Bell belanja makan tengah hari Ramadan nanti. Jangan lupa ya Bell, kami tunggu update (perkembangan) anda lokasi dan tarikh,” seloroh Joclyne.

Terdahulu, Bell ketika mengetahui namanya tersenarai sebagai Top 5 kategori Artis Komedi Popular mengemukakan manifesto di Instagram untuk belanja pengundinya makan tengah hari pada bulan Ramadan jika kemenangan menjadi miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI