fbpx

Anwar, barisan menteri doakan kesembuhan Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin.

PETALING JAYA – Berita mengenai kemasukan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub ke hospital ekoran mengalami mual dan muntah-muntah malam tadi turut mendapatkan perhatian Jemaah Menteri termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi mendoakan kesihatan yang baik-baik buat Salahuddin dan berharap beliau segera sembuh.

“Mendoakan afiyah buat saudara Datuk Seri Salahuddin Ayub. Semoga lekas sembuh,” ciapnya.

Turut mendoakan perkara sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada hantaran Twitternya.

“Doa buat sahabat saya Datuk Seri Salahuddin Ayub. Moga beliau dikurniakan aafiyah, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga sempat menitipkan doa buat kesembuhan rakan perjuangannya.

“Saya mendoakan afiyah buat Datuk Seri Salahuddin Ayub yang baru selesai pembedahan. Semoga cepat sembuh,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI