fbpx

Wanita kecewa guru tak maklum anak digigit di taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wajah anak wanita berkenaan yang digigit kanak-kanak lain di taska.

PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila mendakwa guru taska mengambil sikap lepas tangan dengan tidak memaklumkan anaknya digigit kanak-kanak lain.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Mamafuzah di akaun TikTok miliknya berkata, dia mula menyedari anaknya digigit apabila melihat terdapat kesan bulatan merah di pipi.

“Pagi hantar taska Fazeel baik saja. Pipi bersih. Masa balik tu memang tak perasan sebab baba dia cakap masa ambil dia tengah menangis terus peluk. Memang tak perasan.

“Naluri seorang ibu, nampak macam ada kesan merah bulatan dekat pipi,” katanya.

Tambahnya, setelah melihat kesan gigitan itu dia segera menghubungi guru taska berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

“Mama terus mesej taska tanya apa jadi. Kenapa tak bertahu masa ambil tu. Alasannya sebab Fazeel tak menangis. Gigitan ni kuat. Takkanlah tak menangis langsung. Makin malam, makin gelap bekas gigitan,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurut ibu kanak-kanak berkenaan setelah memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dia membuat keputusan untuk menukar taska anaknya.

“Mama dah tengok CCTV dan rekod dekat taska. Kejadian memang berlaku sangat pantas dan cepat,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai pandangan mengenai kejadian ini.

“Kes saya hantar ‘babysitter’. Pagi hantar anak muka bersih, ambil petang muka berbintik macam kena minyak panas. Bila tanya, kata anak garu. Esoknya muka anak melepuh,” kata Nrannas.

“Saya dulu kerja taska, ada seorang budak ni suka menggigit. Bila dia gigit budak lain memang kena marah,” ciap Kedongdong.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 200,000 tontonan dan 4,504 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI