fbpx

Tun M ziarah keluarga Nik Aziz di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr Mahathir ketika menziarahi kediaman keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz petang tadi.

BACHOK – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad buat julung kalinya dilihat menziarahi kediaman keluarga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, di sini, petang tadi.

Kehadiran beliau kira-kira pukul 3 petang tadi, disambut baik oleh ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz termasuk anak lelakinya, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz.

Seterusnya, Tun Dr. Mahathir juga sempat bertemu beberapa waris dan keluarga Allahyarham termasuk Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani.

Difahamkan, beliau ke Kelantan sempena Munajat Rakyat Kelantan bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini bagi memperkukuhkan lagi sokongan orang Islam serta Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI