fbpx

Restoran buang pinggan mangkuk selepas pesohor makan keropok babi bersama bakso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jovi merakam dan memuat naik video dia memakan keropok babi bersama bakso di restoran A Fung Baso. – TikTok

JAKARTA –  Sebuah restoran berstatus halal di Pulau Bali, Indonesia terpaksa membuang semua peralatan makanan di premis itu selepas seorang pesohor media sosial memuat naik video dia menikmati bakso bersama keropok babi.

Portal berita Okezone melaporkan, pesohor bernama Jovi Adhiguna itu merakam video dia sedang makan di restoran A Fung Baso, Lapangan Terbang Ngurah Rai.

Dia kemudian memuat naik video tersebut di laman Instagram sebelum ia  tular dan menerima kecaman netizen..

Menurut syarikat pengendali restoran, sebagai rasa bertanggungjawab atas insiden tersebut, pihaknya komited membuang semua peralatan makanan yang dipercayai tercemar dengan keropok itu.

“Kami mengambil serius sijil halal yang dimiliki  A Fung Baso. Justeru, kami mengambil langkah terbaik membuang semua peralatan makanan yang ada di A Fung Baso Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali,” kata pihak pengurusan di laman Instagram.

Restoran tersebut selain itu turut memohon maaf kepada orang ramai yang berasa bimbang berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu, Jovi kemudian turut membuat permohonan maaf kepada pihak restoran selepas videonya mendapat kecaman netizen.

“Saya sedang menunggu respons daripada pihak pengendali restoran. Sekiranya saya diminta menggantikan peralatan makanan atau apa-apa sahaja, saya pasti akan bertanggungjawab,” katanya. – AGENSI 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI